i1

JERUNG ZAMAN PURBA DITEMUI DI FLORIDA

ik 1





NELAYAN di Teluk Mexico terkejut apabila pukatnya bukan saja penuh dengan hasil 
tangkapan udang, malahan turut memerangkap seekor jerung yang dikenali sebagai 
goblin shark kerana rupanya yang buruk.

Dianggarkan sepanjang enam meter itu, spesis yang jarang ditemui sejak lebih 10 
tahun lalu itu terperangkap dalam pukat udang di perairan barat Florida, Amerika 
Syarikat.

Berwarna merah jambu gelap, nelayan itu terkejut apabila pukat udangnya turut 
diselit dengan jerung zaman purba itu.

“Ia memiliki paruh panjang dengan gigi yang tajam, bagaikan fosil hidup.



“Saya tidak tahu apakah ia terutama apabila melihat rupa dan giginya,” kata nelayan, 
Carl Moore.

Bagaimanapun, saintis kecewa apabila Moore melepaskan jerung berkenaan selepas 
merakamkan gambarkan.

Berdasarkan gambar itu, saintis berpendapat ia spesis jerung betina yang hidup di 
laut dalam dan boleh berubah warna kepada hitam jika berhadapan ancaman.

Paruhnya dikatakan berupaya mengesan mangsa walaupun dalam situasi ia tidak 
dapat melihat atau mendengar.

Spesis jerung goblin ini memakan ikan, termasuk jerung dan pari, selain ketam, 
udang serta hidupan laut lain.

Moore menangkap jerung itu pada 19 April lalu, bagaimanapun hanya melaporkan 
kepada National Oceanic and Atmospheric Administration pada Jumaat. – mStar

ik2

0 Response to " JERUNG ZAMAN PURBA DITEMUI DI FLORIDA "

Post a Comment