Lahirnya si
kecil membuatkan, ibu bapa baru cukup teruja. Pelbagai perkara mahu
dilakukan untuk bayi tapi berpada-padalah. Kawal keterujaan itu papa dan
mama.
Enam perkara ini terutamanya jangan dilakukan pada bayi baru lahir.
Untuk ibu bapa baru, tip ini perlu anda tahu. Pelbagai perkara mahu
dilakukan untuk bayi tapi berpada-padalah. Kawal keterujaan itu papa dan
mama. Untuk ibu bapa baru, tip ini perlu anda tahu.
1. Jangan beri sembarangan orang cium
Memang
nampak macam ‘over’ tapi pada minggu pertama hidup bayi, pendedahan ada
bakteria dan kuman boleh beri masalah serius. Sebabnya sistem imuniasi
mereka belum berfungsi sepenuhnya.
Jadi
sebagai ibu prihatin pastikan sesiapa yang ingin mencium dan memegang
bayi anda dalam keadaan bersih. Jika nampak kotor, berilah apa-apa
alasan atau terus terang saja sebabnya.
2. Jangan ubah suasana rumah
Bayi
memang perlukan banyak perhatian tapi tak perlulah sampai mengubah
suasana rumah antaranya seperti langsung tak boleh pasang TV, sentiasa
menutup pintu dan langsir kerana bimbang bising. Suasana yang sedikit
bising tak beri masalah, biarkan bayi terbiasa dengan suasana itu.
3. Jangan biar lampir kotor terlalu lama
Sebabnya
bayi bawah enam bulan memang banyak kencing jadi lampin perlu ditukar
selalu. Periksa selalu keadaan lampin supaya bayi selesa dan untuk
mengelakkan ruam.
4. Jangan guna puting
Baru
seminggu lahir bayi sudah beri puting, tindakan ini tidak elok.
Pemberian puting terlalu awal boleh kelirukan rutin penyusuan. Sebabnya
bayi memang suka menghisap. Terbaik berikan susu ibu sebab bayi sudah
terbiasa dengan suhu tubuh, degupan jangtung dan bau ibu.
5. Jangan terlebih gaya
Ada
ibu yang terlalu teruja mahu memakaikan baju cantik pada bayi. Boleh,
tapi jangan berlebihan baju penuh renda dan anak tak selesa. Selain itu
ramai ibu selalu bimbang bayi sejuk dan pakaikan baju tebal. Baju yang
begini boleh menyebabkan bayi demam dan dehidrasi. Perhatikan kesesuaian
cuaca dan keselesaan bayi.
6. Jangan abai temu janji doktor
Doktor
akan mengatur jadual pemeriksaan untuk bayi jadi jangan sesekali
abaikan terutama bila nampak bayi ada masalah. Ibu bapa baru memang
selalu risau tentang perkara yang sebenarnya normal dan doktor mampu
memberi penjelasannya.
##Rencana ini dipetik dari laman web www.vanillakismis.my
Sumber: Sinar Harian
0 Response to " IBU BAPA JANGAN BUAT 6 PERKARA NI KEPADA BAYI ANDA YANG BARU LAHIR! "
Post a Comment