Polis Besut akan menyiasat dan mengesan individu yang terbabit menyebarkan rakamanvideo kejadian buli seorang murid di sebuah sekolah rendah di daerah ini di laman sosial.
Ketua
Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, berkata bapa mangsa
sudah membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Besut, jam 9 pagi semalam.
Beliau berkata, bapa mangsa turut mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah mengenai kejadian menimpa anak lelakinya itu.
“Kita ada menerima laporan kejadian dan kita akan melakukan siasatan terperinci.
“Malah,
kita juga turut mengesan individu yang menyebarkan rakaman video
berkenaan untuk disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
kerana menyebarkan video itu di laman sosial,” katanya.
Rakaman
video berdurasi lebih enam minit itu memaparkan beberapa murid sedang
membuli mangsa yang memakai uniform pengawas sekolah berwarna coklat.
Mangsa
dilihat disepak di seluruh badan termasuk ditendang di belakang badan
oleh beberapa murid yang dipercayai memakai pakaian sukan.
Malah,
rakaman video itu turut memaparkan mangsa yang kesakitan menangis dan
turut disembur dipercayai dengan air pada muka dan diberi cium stokin
oleh murid berkenaan.
Kejadian
dipercayai dilakukan di surau sekolah rendah berkenaan dan murid yang
membuli mangsa dilihat langsung tidak mengendahkan rayuan mangsa supaya
menghentikan tindakan kasar itu.
Berdasarkan
keterangan pada video berkenaan yang dipaparkan di sebuah laman sosial,
penulisnya mendakwa mangsa adalah saudara terdekatnya dan kerap menjadi
mangsa buli di sekolah itu.
“Setiap
hari minta duit dari si mangsa. Kalau tidak beri kena pukul. Setiap
hari kena ugut suruh jangan beritahu sesiapa, kalau tidak, kena pukul.
Patutlah mangsa sejak darjah empat dan lima dulu asyik minta tukar
sekolah. Tetapi tidak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah.
“Hati
ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak dipukul, disepak. Selama ini
mangsa ke sekolah dalam ketakutan. Nak beritahu ibu bapa tak berani.
Pernah sekali mengadu pada ibu dan ibu mengadu pada seorang guru
sekolah, tetapi hanya dipandang ringan.
“Sebaliknya
mangsa dipukul oleh pembuli kerana bertindak membocorkan rahsia. Cikgu
sekarang benda berlaku di sekolah pun tak ambil pusing. Sedangkan budak
sekolah rendah saja. Pelik,” kata penulis itu yang memperkenalkan
dirinya sebagai saudara terdekat.
Sumber: Berita Harian
0 Response to " Video buli pengawas dalam surau: Saudara terdekat dedah pembuli setiap hari minta duit, kalau tak bagi kena pukul "
Post a Comment