‘DEGIL TAK NAK PAKAI SPEC, NAK CONTACT LENS JUGA & INILAH AKIBATNYA’
Memandangkan banyak permintaan, saya kongsikan pengalaman saya terkena ulser kornea mata suatu masa dulu.
Dari bulan Jun, saya sudah sakit mata dan beberapa kali juga pergi ke hospital dan klinik. Namun mereka masih berkata tiada apa-apa yang berlaku pada mata saya. Sehinggalah selepas hari raya yang lalu saya langsung tak boleh terkena cahaya matahari yang sangat silau. Sakitnya seperti mata dicucuk.
Mata saya menjadi merah, bengkak dan berair. Sakitnya? Hanya tuhan saja yang tahu. Saya bergegas terus pergi ke hospital dan terus dirujuk pada pakar.
Kata doktor pakar, mata saya dah teruk. Ada ulat kecil, bakteria, nanah, kulat dan bermacam-macam jenis kuman yang membiak di mata.
Gambar yang lain saya tak kongsikan kerana ia akan membantukan selera makan anda. Hehehe!
Apa yang membuatkan saya paling sedih ialah apabila mereka berkata peratusan untuk pulih adalah 50/50. Ini kerana mata hitam saya sudah hampir putih keseluruhannya. Saya memang tidak nampak apa-apa pada ketika itu. Jadi saya admit di wad selama dua minggu.
Asalnya saya memang kerap pakai lens. Saya rabun jauh tetapi tak nak pakai cermin mata. Disebabkan kedegilan saya sendiri, inilah akibat yang saya terima.
Sakitnya tangkap urat kepala sampai bengkak. Memang tak lena tidur dibuatnya. Sakit yang teramat-amat sakit.
Bagaimanapun, pengelihatan saya kini sudah pulih namun tahap kerabunan sebelah mata kanan bertambah teruk. Sebelum kena ulser, 300, selepas kena bertambah 600, silau 350.
“Tebalnya degree!”
Jadi, anda pilih cermin mata atau contact lens? Anda fikirlah sendiri.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah, ibu, kakak, abang dan keluarga serta insan yang banyak memberikan sokongan Mohd Zainudin, kawan-kawan semua yang mendoakan kesihatan saya. Terima kasih banyak-banyak. – Marisa Edora.
Ditulis semula untuk siaran.
Sumber : THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to " ‘Degil tak nak pakai spec, nak contact lens juga & inilah akibatnya’ "
Post a Comment