i1

Tak Sangka! Inilah Jersi Baru Kelantan Yang Dicipta Dato Vida Sendiri

ik 1


Pemilik Vida Beauty Sdn Bhd, yang menaja pasukan Kelantan, akan mengeluarkan jersi merah jambu rekaannya sendiri dengan jenama DSV (Datuk Seri Vida). — Foto ehsan Instagram/Dato Seri VidaPemilik Vida Beauty Sdn Bhd, yang menaja pasukan Kelantan, akan mengeluarkan jersi merah jambu rekaannya sendiri dengan jenama DSV (Datuk Seri Vida). — Foto ehsan Instagram/Dato Seri VidaKUALA LUMPUR, 21 Jan ― Penaja utama Kelantan akan melancarkan empat rekaan jersi pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), untuk saingan musim ini, pada Februari.
Menggunakan kain berkualiti tinggi dan rekaannya sendiri, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata dua jersi warna merah jambu akan digunakan bagi perlawanan di tempat sendiri.
Manakala kombinasi merah jambu-putih dan merah jambu-hitam, akan dipakai di tempat lawan, kata pemilik Vida Beauty Sdn Bhd.
“Keempat-empat jersi ini akan dilancarkan pada 10 Februari ini dengan keluaran edisi pertama sebanyak 10,000 helai.
“Kita mahu penyokong memakai jersi ini dengan penuh semangat menjelang pembuka tirai Liga Super 2016 pada 13 Februari ini,” katanya, yang dikenali juga Datuk Seri Vida atau Dr Vida, seperti dipetik Berita Harian hari ini.
Pelancaran rekaan eksklusif jersi merah jambu, termasuk barangan rasmi PQPTRW dengan jenama DSV (Datuk Seri Vida), akan ditunjukkan kepada umum dalam satu majlis pada April ini.
Tentang kontrak jersi Kelantan dengan jenama antarabangsa Nike, Vida berkata isu itu sudah diselesaikan secara baik dengan HORC Sports Sdn Bhd, pengedar dan pembekal barangan Nike Malaysia.
“Kedua-dua pihak sudah mencapai keputusan untuk menamatkan kontrak. Namun syarikat berkenaan akan bertindak sebagai pengedar produk jenama DSV.
“Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd akan bertindak sebagai pengeluar dan pembekal rasmi jersi serta barangan PQPTRW di bawah jenama DSV,” katanya.
Sementara itu, presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sudah mendapat keizinan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendaftarkan jersi merah jambu sebagai jersi tuan rumah, manakala putih dan merah jambu di tempat lawan.

                                                      (Inilah rumours jersi Kelantan 2016)




ik2

0 Response to " Tak Sangka! Inilah Jersi Baru Kelantan Yang Dicipta Dato Vida Sendiri "

Post a Comment