Kuala Lumpur: Bekas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana hari ini mengumumkan dia akan melangsungkan pernikahan pada 17 September ini.
Majlis pernikahan dengan jejaka dikenali sebagai Hafiz berusia lingkungan 30-an itu akan diadakan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini.
Berkongsi berita gembira itu, Fara, 36, berkata, dia mengenali Hafiz lebih dua tahun lalu dan mula serius sejak lima bulan lalu.
Alhamdulillhm, saya gembira dan teruja untuk berkongsi berita gembira ini. Saya membuat pengumuman ini kerana menghargai sokongan media dan teman-teman yang sentiasa mendoakan saya berkahwin.
"Saya menerima lamaran Hafiz kerana tertarik dengan agama dan keperibadiannya yang sabar dengan perangai saya," katanya.
Fara berkata, majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi manakala majlis persandingan pada jam 12 tengah hari.
0 Response to " Fafau tamat status solo "
Post a Comment