Sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Jawa Barat menjadi popular baru-baru ini. Perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Cinta ini menjadi destinasi lelaki-lelaki bujang yang ingin mencari jodoh.
Meskipun terletak 229 kilometer daripada ibu negara republik itu, Jakarta, ianya tidak menjadi penghalang kepada impian lelaki-lelaki untuk datang ke perkampungan ini.
Bagi mereka, perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam untuk sampai ke perkampungan ini dari Jakarta melalui jalan darat dilihat menjadi sebuah pelaburan yang sangat berbaloi.
Kampung Cinta yang terletak di daerah Subang ini dikatakan memiliki apa yang dicari-cari oleh mereka iaitu calon isteri. Namun, dengan jumlah penduduk mencecah hampir 10 biliion di Jakarta, mustahil untuk mereka tidak menemui jodoh mereka di kota metropolitan ini. Jadi, apakah yang menjadi penyebab utama untuk mereka datang dari sebuah kota besar ke kawasan perkampungan yang kecil ini?
Menurut sumber, mana-mana gadis-gadis yang ingin dijadikan sebagai calon isteri tidak memakan belanja yang besar untuk melangsungkan perkahwinan. Malah ada dikatakan ada beberapa orang wanita di sini yang berkahwin dengan suami yang sama.
Selain daripada faktor kemiskinan, ketiadaan peluang pekerjaan di kawasan ini juga mendesak wanita-wanita ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinian tanpa perlu menjual tubuh di lorong-lorong gelap.
Maka, tidak hairanlah lelaki-lelaki dari Jakarta dan bandar-bandar lain sanggup merentasi ratusan kilometer hanya ingin sampai ke perkampungan ini.
ik2
0 Response to " Hantaran RM150 Sudah Cukup Untuk Anda Mencari Isteri Di Kampung Cinta Ini "
Post a Comment