i1

Inilah Pesanan Mengejutkan Amy Search Untuk Menantu Barunya Ini

ik 1





SHAH ALAM: Mengimpikan yang terbaik untuk perkahwinan kedua anak sulungnya, Amy Search berharap Mohd Izwan Johar dapat mengemudi bahtera kehidupan bersama Nabila dengan sempurna. Amy atau pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 57, merestui pilihan anaknya untuk berkongsi hidup bersama pengurus restoran Kulcats itu. "Saya berharap dia (Izwan) dapat menjaga Abil dengan baik seperti mana saya menjaganya. Semoga Izwan dapat membimbing Abil menjadi seorang isteri yang baik. "Diharap Abil dapat menjalani fasa kehidupan sebagai isteri dengan sempurna dan menghadapi dugaan berkahwin dengan penuh sabar. "Sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dengan tangan terbuka, saya menyambut baik kehadiran Izwan sebagai ahli baharu keluarga saya," katanya kepada BH Online. Sementara itu, Izwan meluahkan rasa bersyukur dengan kelancaran majlis pernikahan yang bertempat di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, di sini. Jejaka berusia 32 tahun itu berkongsi, beliau terpikat dengan sifat selamba dan santai Nabila apabila bersama dirinya. Lebih manis, aktres itu turut belajar memasak untuk memikat hatinya. "Meskipun dikenali dengan kerjaya sebagai pelakon popular, namun dia (Nabila) adalah seorang yang rendah diri, penyayang dan bertanggungjawab. "Mereka di luar sana juga mempunyai persepsi yang berbeza dengan karakter sebenarnya. Nabila bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. 

"Sebagai suami, saya akan cuba membimbing Nabila dengan baik namun tidak menghalangnya untuk terus bergerak aktif sebagai pelakon," kata Izwan. Terdahulu, pasangan terbabit selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan dinikah sendiri oleh Amy kira-kira pada jam 9.20 pagi. Sementara itu, Nabila, 31, yang kelihatan anggun menggayakan busana berona putih rekaan Alia Bastamam berkongsi tertarik dengan peribadi jejaka pilihannya itu. "Sepanjang perkenalan kami, dia (Izwan) tidak menunjukkan sebarang tanda seperti ingin bercinta. Saya yang memulakan langkah untuk memulakan hubungan kerana sikapnya berbeza dengan lelak lain yang saya kenali. "Saya memikat hatinya melalui masakan sehingga sanggup menelefon ibu Izwan untuk berkongsi resepi. Dia sukar meluahkan perasaan, namun ungkapan 'I Love You' cukup bermakna buat diri saya. "Kisah silam menjadikan saya lebih matang berbanding sebelum ini. Saya tidak menyesal dengan perkahwinan terdahulu kerana dikurniakan Keisha Laila yang menyinari kehidupan saya," kata Nabila sambil mengukir senyuman. Nabila dan Izwan mula menyulam hubungan cinta dua tahun lalu yang diperkenalkan oleh sahabat mereka.

sumber
ik2

Related Posts :

0 Response to " Inilah Pesanan Mengejutkan Amy Search Untuk Menantu Barunya Ini "

Post a Comment