Selepas kekecohan yang berlaku di wilayah Kyaukphyu, Myanmar tidak beberapa lama dahulu, seorang jurugambar telah menziarahi kawasan tersebut. Apa yang ditemuinya benar-benar menyedihkan. Jurugambar yang dikenali sebagai Minzayar ini telah mengambil gambar dimana seekor anak anjing tidak mahu berganjak dari sisi ibunya yang telah mati.

Ketika saya berjalan di kawasan perkampungan yang terbakar, saya terlihat sesuatu yang amat menyentuh perasaan. Sebelum mengambil gambar, saya bertanyakan penduduk setempat jika ada sesiapa yang mahu memelihara anak anjing. Tiada sesiapa yang sanggup kerana mereka sendiri sudah cukup menderita akibat persengketaan yang berlaku.
Kemudian saya meletakkan kamera dan duduk sambil memerhatikan anak anjing tersebut. Dari lubuk hati, terpendam perasaan simpati, tangisan, dan kesedihan dengan apa yang berlaku. Saya mengambil gambarnya dan menggosok kepalanya. Dalam keadaan manja dan dahagakan kasih sayang, dia menjilat tangan saya. Kemudiannya saya mengambil gambarnya sekali lagi.

Beberapa ketika sebelum perlu melangkah pergi, saya terfikir untuk membawa anak anjing tersebut pulang ke hotel. Tanpa disedari rupanya terdapat seorang lelaki tempatan yang memerhatikan saya dan anak anjing tersebut. Dia mengatakan bahawa dia juga mahu memelihara anak anjing itu tetapi tidak terdaya kerana kemiskinan. Akhirnya kami memutuskan untuk menghantarnya ke kuil Buddha yang terletak di kampung itu.
Di Myanmar, kuil Buddha dianggap tempat suci dan aman berbanding tempat-tempat lain. Saya percaya apa yang saya lakukan adalah terbaik untuknya. Saya pasti akan menziarahinya semula pada masa akan datang.
sumber <
Related Posts :
Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati Selepas kekecohan yang berlaku di wilayah Kyaukphyu, Myanmar tidak beberapa lama dahulu, seorang jurugambar telah menziarahi kawasan ter… Read More...
Kisah Sedih Pasangan Burungajaibbenar,31 Mac 2010 Sebelum ini, saya ada melihat video monyet yang kematian anak kesayangannya. Amat memilukan hati. Walaupun kita tak… Read More...
[Ngeri] Gambar dan Video Buaya Gergasi Kuala Selangor Bangkai Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya t… Read More...
Kucing Garfield Yang Sebenar di Dunia Nyata (7 Gambar) Kartun Garfield memang terkenal dengan watak seekor kucing gemuk yang bersifat pemalas, namun dalam telatah yang mencuit hati. Ironinya, … Read More...
Penyu Rambut Rock Terancam Bukan semua penyu tinggal di laut dan bukan semua penyu yang berjiwa rock!! Tapi penyu ni walaupun 'nampak rock! tapi di kepala teta… Read More...
0 Response to " Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati "
Post a Comment