Bukan semua penyu tinggal di laut dan bukan semua penyu yang berjiwa rock!! Tapi penyu ni walaupun 'nampak rock! tapi di kepala tetap ada taman beb! Taman betul la....
Jadi berkenalan sedikit dengan penyu rock! tapi berkepala taman ni. Sebenarnya 'taman' ala-ala rambut kat kepala penyu ni adalah algae/ rumpai yang tumbuh kat kepala beliau (nak buat macam mana, kat dunia penyu takde shampoo nak pakai, rambut algae tu pun tetap rebonding gitu....)
Di bawah ada sedikit info dan gambar yang di ambil daripada pelbagai laman web yang di kumpulkan dalam artikel ini.
Nama: Mary River Turtle/ Tortoise (Elusor macrurus).
Kategori: Terancam [IUCN Redlist]
Habitat: Mary River, South-East Queensland, Australia.
Nota: Terkenal sebagai haiwan peliharaan sekitar tahun 60-an dan 70-an.
Juga di kenali sebagai 'Penny Turtle' atau 'Pet Shop Turtle' (Maybe sebab dulu penyu ni di jual kat Pet Shop kot....)
Sebelum itu, habitat penyu ini bakal dimusnahkan untuk pembinaan empanang. Penyu Berambut rock ni pada mulanya tidak di kenali sehinggalah Jurugambar yang prihatin, Chris Van Wyk mengambil gambar celebriti haiwan handsome ni untuk tatapan umum.
![]() |
Bukan penyu ini kembang hidung apabila di puji, tapi memang hidung dia macam tu.... |
Harap spesis penyu yang semakin terancam ini dan juga penyu-penyu lain di dunia ini dilindungi. Kebanyakkan spesis penyu semakin dan ada yang sudah terancam kerana pencemaran laut, pemburuan haram dan pelbagai faktor lain di sebabkan campur tangan manusia dalam dunia haiwan.
0 Response to " Penyu Rambut Rock Terancam "
Post a Comment