Berita palsu 23 remaja hilang di Villa  Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang  dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat  setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima  satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di  lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang  mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit  menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.  Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan  memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak  malam semalam.

Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat
Pihak  polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat.  Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai  remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin  Hussin yang berusia 16 tahun.
Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

Sebuah  villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak  malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang  selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan  ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata,  remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak  kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.
Ibu  remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja  itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih  dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di  dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu  remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada  pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.
Teruskan Membaca:
0 Response to " Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila 18 November 2013 "
Post a Comment