Menurut sumber, Expedia telah  menyenaraikan kawasan ini sebagai top 5 tempat berhantu di negara ini.  Beberapa keping gambar terkini bolah diperhatikan di bawah selepas  cerita. Gambar itu baru sahaja dirakam oleh pihak The Star. Jadi mari  lihat cerita mengenai Villa Nabila ini.
Petikan dari Facebook Misteri Villa Nabila :
Rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan  menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak  kisah misteri tentang rumah ini Sebenarnya banyak kisah yang  diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak  dipastikan kesahihannya..antaranya
Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat  villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah  anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal  mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu  mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah  untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh  dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari,  banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan  tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .
Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh  dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya.  Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni  yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama  isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina  villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6  orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami  dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan  adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah  mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami  tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu  mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain  selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang  samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan  sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut  dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang  pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat  pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit  tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah  bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu  sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa  tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang  berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa  tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri  yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu  mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi  cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal.  Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’  berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau  dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa  tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau  beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia  sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
















memang berhantuu betuiii
ReplyDelete