Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan nama baharu pasangan panda gergasi sebagai Xing Xing dan Liang Liang.
Perkara itu diumumkan ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan Sambutan Ulangtahun ke-50 Zoo Negara. Nama Xing Xing bermaksud kemakmuran (prosperity) diberikan kepada panda jantan (Fu Wa) manakala Liang Liang (cantik) diberikan untuk panda betina (Feng Yi). Lebih 2,000 penyertaan diterima Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mencadangkan nama baharu pasangan panda berkenaan.
Panda gergasi yang dipinjam dari China itu adalah bersempena menyambut ulangtahun hubungan diplomatik antara Malaysia- China yang ke-40. Ketibaan panda bukan sahaja bertujuan meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar di kalangan orang ramai.
Diharap Xing Xing dan Liang Liang akan berbahagia tinggal di Malaysia.
0 Response to " Najib Umum Nama Baru Pasangan Panda "
Post a Comment