i1

Cemas ular masuk dalam enjin

ik 1


  • Tedung selar yang bersembunyi di bahagian enjin kereta
  • Tedung selar yang bersembunyi di bahagian enjin kereta

KUALA NERUS – Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila seekor ular tedung selar secara tiba-tiba masuk ke dalam bahagian enjin kereta yang diparkir di halaman rumahnya di Kampung Pak Tuyu, di sini.

Kehadiran reptilia bersaiz kira-kira enam meter panjang dengan berat dianggar lebih 10 kilogram itu disedari pemilik kenderaan berkenaan yang secara kebetulan berada di luar rumah dan menyaksikan sendiri ular tersebut memasuki enjin kereta.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Kuala Terengganu, Leftenan Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari."

“Sejurus menerima maklumat, tiga anggota bergegas ke tempat kejadian dan ketika sampai ke lokasi, ular berkenaan didapati masih berada di dalam enjin kereta.

“Dengan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki anggota kami, akhirnya ular yang bersaiz kira-kira enam meter panjang itu berjaya dikeluarkan daripada tempat persembunyiannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai yang berdepan situasi seperti itu supaya segera menghubungi pihak berkenaan dan jangan bertindak sendiri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutama ketika berdepan haiwan berbisa.

“Kita sedia maklum, tedung selar antara spesies ular yang berbisa, justeru orang ramai perlu segera menghubungi pihak berkaitan untuk tindakan lanjut dan jangan bertindak sendiri,” katanya.

Kata Ahmad Kamal, pasukan JPAM mempunyai pasukan khusus untuk menangani ular dengan terlatih kerana tanpa ilmu dan kemahiran tertentu ia boleh mendatangkan bahaya.

sumber
ik2

0 Response to " Cemas ular masuk dalam enjin "

Post a Comment