Penyanyi Bienda menuntut pihak juri program realiti Gegar Vaganza 2 memohon maafsecara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya, Sheeda dalam konsert minggu keempat, malam Ahad lalu.
Bienda
atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30, berkata, komen yang
diberikan oleh juri selepas persembahan itu disifatkan menjatuhkan
maruah ibu dan keluarga mereka.
“Saya
sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau
ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan
semula ia perkara yang tidak rasional.
“Tapi
ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan
tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian,”
ujarnya kepadamStar Online, di sini, Selasa.
Bienda
berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pandangannya terhadap
komen yang diberikan oleh juri jemputan iaitu Datuk M Nasir dan Datuk AC
Mizal yang disifatkan telah memperlekehkan persembahan ibunya iaitu
Sheeda.
Sheeda membawakan lagu Tiada Lagi bersama penyanyi Aweera dalam konsert ketiga program Gegar Vaganza 2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad lalu.
Dalam
pada itu, Bienda berkata, sebagai anak, sudah pasti dia terasa dan
sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak
dihargai.
“Saya
boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa
hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.
“Ia
bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre
dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai
pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,”
ujarnya.
Sementara itu, Bienda turut meminta orang ramai agar tidak terus menghina ibunya di laman sosial terutama di Instagram.
Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.
“Saya
tidak faham orang yang sering menhentam ibu saya di laman sosial,
mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.
“Saya
tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi
disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial,”
ujarnya.
Gegar Vaganza 2 bersiaran
secara langsung di MBSA, setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di
Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Sumber: Mstar
0 Response to " Bienda tuntut AC Mizal dan M Nasir mohon maaf pada ibunya di atas komen kurang ajar ketika Gegar Vaganza 2 "
Post a Comment