ik 1
DUGAAN
UNTUK EBBY YUS. BERSABARLAH. ALFATIHAH. bila tengok keadaan Ebby yus
sebak di dada. Wajah yang tidak pernah sedih di televisyen, yang
sentiasa membuat kita gembira. sama-sama kita mendoakan untuk beliau.
Kuala
Lumpur: “Sejak kebelakangan ini saya mudah berasa pening. Mungkin
disebabkan rehat tidak mencukupi kerana jadual lakonan yang padat,” kata
pelakon komedi popular, Ebby Yus, 48, yang dimasukkan ke Hospital Kuala
Lumpur (HKL), sejak Ahad lalu akibat tekanan darah tinggi. Ebby atau
nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, dia mengambil
keputusan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan selepas
mengalami pening kepala sejak minggu lalu. “Oleh kerana tidak sedap
hati, saya meminta seorang rakan menghantar ke hospital Ahad lalu untuk
pemeriksaan lanjut. Selepas pemeriksaan, doktor terpaksa menahan saya
kerana tekanan darah agak tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.
Pelawak yang terkenal menerusi
sitkom Karoot Komedia X itu berkata, dia hanya dibenarkan pulang ke
rumah selepas tekanan darahnya stabil semula.
“Doktor
akan lakukan pemeriksaan lanjut esok (hari ini). Setakat hari ini
(semalam) saya mudah pening apabila berdiri dan berjalan.
“Memang
tiada apa yang serius cuma saya risau untuk pulang jika apa-apa berlaku
di rumah. Kita tengok macam mana jika keadaan saya sudah stabil,
mungkin saya akan dibenarkan pulang.” katanya yang pernah menjalani
pembedahan jantung pada 1999.
sumber
ik2
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Response to " DUGAAN UNTUK EBBY YUS. BERSABARLAH. ALFATIHAH "
Post a Comment