Kepada;
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),
Zürich, Switzerland.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),
Zürich, Switzerland.
Tarikh: 31 Oktober 2015
PER: ADUAN RASMI KEMENANGAN JDT
KAMI
melalui surat ini mahu membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung
kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kejohanan Piala AFC 2015.
Melalui
surat ini kami mendesak supaya FIFA membatalkan kemenangan itu kerana
ia tidak sah. Berikut sebab-sebab kemenangan JDT wajar ditarik balik:
1)
JDT merupakan pasukan palsu. Pasukan ini dibentuk dengan menggunakan
ramai pemain-pemain yang dibeli daripada pasukan lain. Oleh itu ia
sebuah pasukan yang palsu.
2) JDT tidak menggunakan anak jati. Juara AFC sepatutnya terdiri daripada pasukan anak-anak jati sahaja.
3) JDT baru nak `up'. Ini tidak adil untuk pasukan-pasukan di Malaysia yang telah lama `up'.
4)
JDT rasuah pengadil supaya berlaku adil. Ini terbukti kerana pengadil
di Malaysia membenarkan `offside' untuk lawan JDT tetapi pengadil AFC
melarang `offside'.
5) JDT ada ramai penyokong di Tajikistan. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya tiada penyokong JDT dalam perlawanan `away'.
6) JDT ada Tunku Mahkota Johor (TMJ). Ini tidak adil kepada pasukan-pasukan yang tiada TMJ.
Berdasarkan enam fakta diatas, kemenangan JDT wajar ditarik balik serta merta.
Jika tidak kami akan mengambil tindakan drastik bagi memberi tekanan kepada pihak FIFA supaya memenuhi tuntutan kami.
Kami telah membuat keputusan untuk membunuh diri beramai-ramai.
Kami kini bersiap sedia terjun lombong jika tiada sebarang kata putus dibuat FIFA dengan segera.
Yang benar
-Haters The Bangangs-
Sumber : JDTUN
Bagi kami ini adalah ayat sarcastic kepada haters2 JDT
0 Response to " Inilah Sebab Kenapa Kejuaraan JDT Di Piala AFC Perlu Ditarik Balik "
Post a Comment