Tiada
lagi lagu untuk Ezlynn dan Zul Handy Black apabila kedua-dua peserta
ini tersingkir di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 (GV2), yang
berlangsung pada malam Ahad.
Ezlynn
atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 34, berkata sungguhpun perjalanan
di GV2 sudah berakhir, tidak bermakna aktiviti seninya terhenti.
“Saya
tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa meninggalkan pentas GV2
pada minggu ini. Dalam apa juga pertandingan yang saya sertai,
perjalanan saya dalam dunia seni tidak bernah berakhir.
“Apapun
saya mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi peluang untuk
saya berada di GV2 dan kepada para juri terima kasih di atas tunjuk
ajar yang diberikan,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara
itu, bekas vokalis kumpulan Handy Black Zul atan Nurzul Suphia'an
Sa'ban ketika ditemui menganggap nasib tidak menyebelahinya pada minggu
ini.
“Mungkin kerana lagu yang saya bawakan tidak ‘kena’, bagaimanapun saya terima keputusan yang telah dibuat.
“Saya
tidak terkilan perjalanan saya berakhir pada hari ini kerana bergelar
juara ataupun tidak itu bukan perkara utama yang dikejar.
“Dapat
menyanyi bersama rakan-rakan lain telah memberikan pengalaman yang
cukup berharga selepas bertahun-tahun tidak muncul di kaca TV,” katanya
ketika ditemui selapas konsert berakhir.
Ezlynn
dan Zul meninggalkan 10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab,
Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Siti Nordiana, Azian
Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukays yang akan terus
bertanding di konsert minggu hadapan bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.
Tugasan
yang bakal dilalui peserta pada konsert minggu keempat itu ialah duet
bersama rakan-rakan artis seperti Adira, Haleeda, Misha Omar, Jaclyn
Victor, Nourul Wahab dan ramai lagi.
Gegar
Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro
Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
0 Response to " TERUK SHEEDA GEGAR VAGANZA KENA KUTUK MALAM SEMALAM "
Post a Comment