Masih
ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an
dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3
dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas
kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga
1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita.
Tiba-tiba,
tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar
terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan
kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang
pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih
belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti
Musliha.
Latar Belakang Hidup
Nama
penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10
Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani
Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami
kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau
tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak
di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.
Setelah
11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian
dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program
sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula
saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula
muncul di televisyen pada 1994.
Siti
Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama
pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan
kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan
untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah
menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.
Pada
tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk
membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah
dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau
yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan
ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil
sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membantu
Siti Musliha.
Bidang Seni
Banjir
air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa
saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di
televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun
cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau
sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar
kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya
itu.
Setiap
kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di
televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat
pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan
komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos
pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke
peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon
dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang
tidak dapat menerima anaknya yang cacat.
Kehidupan sekarang
Kini,
usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap
petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya
sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa
bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan
tumbesaran yang dialaminya.
Ketika
ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja
pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan
menghilangkan diri. Tapi mendekati Ilahi. Menariknya, beliau bukan
sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan
menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.
Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :
”
Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku
agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di
alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus
beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu”. KREDIT UTUSAN ONLINE.
sumber kakiberita
0 Response to " Kehidupan TERKINI Siti Musliha Penyanyi Lagu HUJAN AIR MATA Yang VIRAL 20 Tahun Dahulu !! "
Post a Comment