#Justeru, Bienda menuntut agar kedua-dua juri itu memohon maaf dari ibunya kerana baginya, komen mereka keterlaluan.....
Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.....
Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya..... Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.....
#Bienda telah diminta oleh mStar Online untuk mengulas mengenai komen kedua-dua juri itu..... Komen M..... Nasir ialah “putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess”, seolah-olah memperlekehkan Sheeda yang memakai busana seperti seorang puteri raja semasa membuat persembahan dengan Aweera..... Sebagai anak Sheeda, Bienda terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.....
Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.....
#Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut..... Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta.....
Bienda juga menggunakan kesempatan itu untuk meminta pengikut laman sosial berhenti menghina ibunya di media sosial seperti Instagram..... Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.....
Saya tidak faham orang yang sering menghentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.....
#Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial.....
Sebelum ini Nabil selaku pengacara dikatakan memberi ulasan keterlaluan untuk program Gegar Vaganza, kali ini para juri pula memberi komen yang menyebabkan ada pihak terasa..... Yang maintain cool dan humble Datuk Ramli MS juga..... Mungkin juri-juri lain patut belajar sesuatu dari beliau.....
Penyanyi
wanita dan bekas perserta Gegar Vaganza 2, Sheeda telah mempunyai
keyakinan untuk menyanyikan lagu genre lain selain dangdut.
Walupun
telah tersingkir di minggu ke-4 Gegar namun tidak menghalang niatnya
untuk menyanyikan lagu berentak balada mahupun rock di tempat ‘show’
yang lain.
“Pada
mulanya memang saya takut untuk bersaing dengan peserta lain yang
majoriti memang hebat menyanyikan lagu pop, rock atau balada.
“Tetapi
atas sokongan suami saya, maka saya berani untuk mencuba menjadi
peserta rancangan ini. Banyak perkara yang saya belajar sehingga mampu
keluar dari zon selesa iaitu menyanyikan lagu dangdut.
“Saya
dah menyanyi lagu dangdut dah lebih 20 tahun, jadi nak buktikan kepada
semua penonton. Saya juga pergi kelas vokal untuk hilangkan sengau dan
sebagainya.
“Memang
ianya sukar namun dapat bertahan sampai minggu ke-4, ia pencapaian
terbaik buat saya. Terima kasih kepada pihak Astro kerana beri ruang
kepada saya untuk muncul dikaca TV,” kata Sheeda kepada portal
Murai.com.my.
Dalam
pada itu, dia juga ditanya adakah dia berasa berkecil hati dengan
kritikan negatif daripada segelintir pihak mengenai nyanyiannya
sepanjang berada dalam Gegar Vaganza.
Dia
hanya tersenyum dan menjelaskan itu semua adalah asam garam sebagai
anak seni. Sheeda tak melenting dengan komen-komen yang kurang baik
terutama di media sosial.
“Kalau
mereka tak suka dengan nyanyian saya, tetapi ‘followers’ yang menonton
semula persembahan saya di Astro Gempak sangat tinggi.
“Bab
ini terlalu luas untuk saya ulas mengenai komen orang ramai yang suka
atau pun tidak. Apa-apa pun, diberi ruang dan peluang bertanding dalam
Gegar Vaganza merupakan platform terbaik kepada karier saya.
“Ramai
penyanyi yang berminat untuk menyertai program ini tetapi rezeki telah
berpihak kepada saya untuk beraksi dengan jayanya sehingga minggu ke-4,
0 Response to " M.Nasir dan AC Mizal KURANG AJAR..BIENDA "
Post a Comment