Sebagai
seorang juri, menjadi salah satu tanggungjawab kepada saya untuk
memberi komen yang jujur agar dapat lagi memperbaiki segala kekurangan.
Kita manusia memang tidak pernah sempurna, namun kalau kesalahan yang
jelas di mata awam, apakah kami sebagai juri terpaksa menafikan dan
memberikan pujian. Bukankah ini akan dikatakan hipokrit.
Kami pula dibayar untuk komen dan kritik tentang persembahan, bukannya condemn tentang keperibadian seseorang. Jika kamu tidak mahu dikritik, maka tempat kamu bukan di dalam pertandingan. Hormat sebagai penyanyi veteran itu tetap ada, tapi saya tidak mahu menyembunyikan apa yang jelas.
Tidak
perlu lah mengatakan pada sebelah pihak sepertinya saya dan AC adalah
pihak yang jahat dan bersalah. Kami bukannya tidak mengenali ibu anda. Sekarang siapa yang juri, awak atau saya. Kata M.Nasir kepada utusan Online.
Jika
ada kesalahan dalam tutur bahasa kami, harap janganlah tersinggung dan
menjadi seperti tipikal Melayu, macam mana melayu nak maju kalau kena
kritik sikit sudah melalak satu Malaysia. Segala apa yang bernas itu
harap dijadikan teladan, seandai buruk kata kami, harap jangan terasa
dan kami mohon maaf itu adalah tugas kami. credit
0 Response to " SEKARANG SIAPA JURI,AWAK KE SAYA? "
Post a Comment