KUALA
LUMPUR: Penyanyi Adira menjelaskan beliau tidak tersinggung dengan
jenaka pengacara program Gegar Vaganza musim kedua, Nabil Ahmad membuat
lawak dengan pakaian yang digayakannya ketika hadir sebagai penyanyi
jemputan Ahad lalu.
Adira
atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, menganggap lawak Nabil
yang mempersenda busana yang dipakai kelihatan seperti jubah konvokesyen
sekadar bahan jenaka bagi memeriahkan lagi program itu.
"Bagi
saya, biasalah usik mengusik bagi memeriahkan lagi suasana. Saya maklum
dengan tugas Nabil selaku pengacara dan beliau juga dikenali sebagai
pelawak popular.
"Saya
tidak terasa hati kerana sememangnya saya menyukai baju yang digayakan
pada malam itu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat
tersendiri.
"Namun
dalam masa sama, saya juga ingin menjaga sensitiviti pereka fesyen yang
membuat baju itu. Secara peribadi, saya tidak tersinggung atau terasa
hati," katanya kepada BH Online.
Naib
Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu hadir memeriahkan program
Gegar Vaganza 2 sebagai penyanyi jemputan menyampaikan lagu Disebalik
Rahsia Cinta bersama penyanyi Ezad Lazim.
Dalam
perkembangan terkini, gadis kelahiran Sabah itu berkongsi bakal ke
Lombok, Indonesia dalam masa terdekat untuk menjalani penggambaran klip
video single terbaharunya berjudul Kekasih Teragung.
0 Response to " Respon BERANI MATI Adira Buat Nabil Selepas Mempersenda Pakaiannya Dalam Gegar Vaganza "
Post a Comment