Seorang
hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu.
Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada
mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan
dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin
merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke
pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni
keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak
pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus
dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu
segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia
ditanam.
Alangkah
terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan
seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan
tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan
kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah
telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan
pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke
atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba
itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
Pengajaran Cerita
1.
Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua
itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah
ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.
Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran
sempit.
2.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau
kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu
bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus
diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
3.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main
sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau
kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari
Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
4.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang
menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan
rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan
orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan
hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. TETAPI ia
tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan
boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad
juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.
0 Response to " TERPERANJAT Mandikan Mayat seorang Polis Melayu yang Bertattoo SALIB "
Post a Comment