Sebuah
video yang dimuatnaik salah seorang peminat penyanyi nombor satu
negara, Datuk Siti Nurhaliza di akaun Instagram (IG)nya telah mengundang
tanda tanya ramai pihak.
Peminat
tersebut, Mohd Fadzul yang juga merupakan ahli kelab peminat Siti
Zoners telah memuat naik video persembahan Siti bersama Hetty Koes
Endang dan Datuk Ramli Sarip ketika Konsert Satu Suara di Istana Budaya
baru-baru ini.
Mohd Fadzul yang menggunakan nama samaran @fadzoners telah menulis kapsyen, “Bila tengok video ni berkali2 baru perasan ibu #HettyKoesEndang marah manje dekat kak @ctdk jangan melompat2 sambil tunjuk perut then kak #SitiNurhaliza pun pegang perut? Apakah? Adakah? Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu.. Kalau betul Syukur Alhamdulillah... #KonsertSatuSuaraVolume2 #sitinurhaliza #RamliSarip#DatoSitiNurhaliza #Ctdk #Simplysiti pada video tersebut.
Video tersebut yang dimuatnaik pada dua hari lalu telah mengundang pelbagai reaksi para pengikut IGnya.
Tidak kurang juga yang mendoakan spekulasi tentang berita kehamilan penyanyi kesayangan mereka itu menjadi kenyataan.
Menerusi
video tersebut, Hetty yang sedang menyanyikan lagu Ramli Sarip berjudul
Temasya Desa Gemalai secara spontan melarang Siti menari dan melompat
sambil menunjuk ke arah perut penyanyi itu.
Tindakan Hetty itu telah mengundang tawa Siti yang sedang asyik menyanyi ketika itu.
Utusan
Online sebelum ini juga ada melaporkan ketika konsert berlangsung pada
malam Ahad lalu, Hetty telah secara bergurau menyentuh perut Siti dan
mendoakan agar beliau hamil.
Siti kemudian bertanya: “Bagaimana kalau Siti benar benar mengandung? Apakah hadiah yang mahu diberikan?”
Soalan itu kemudian dijawab oleh Hetty bahawa hadiahnya mikrofon yang paling mahal dan disambut dengan sorakan penonton.
Spekulasi
mengenai kehamilan Siti bermula apabila penyanyi kelahiran Kuala Lipis,
Pahang itu memuat naik gambar segelas susu kambing dan kurma yang biasa
dikaitkan dengan pengambilan makanan kesihatan wanita mengandung di
IGnya.
0 Response to " Video ini sengaja Disembunyikan untuk MEMBUKTIKAN Kehamilan sebenar SITI NURHALIZA "
Post a Comment