TERKESAN dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.

Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!
Katanya, saban tahun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan ia memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak bersekolah.“Suasana sekarang ini dirasakan lebih sukar bagi ibu bapa memenuhi keperluan sekolah anak-anak, dengan kenaikan harga barang sedangkan pendapatan tidak meningkat.
“GST diketahui membebankan, ditambah pula dengan kos menyediakan keperluan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pelbagai cara dan alternatif diguna pakai oleh kebanyakan ibu bapa dalam menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak, namun dengan kenaikan harga, perkara itu tidak dapat dielakkan.
“Pakai semula pakaian yang masih elok. Tiada pilihan terpaksa gunakan yang lama. Selama setahun, itulah dua pasang baju yang terpaksa digunakan. “Belanja seorang anak pun sekurang-kurangnya memerlukan anggaran RM350 untuk membeli kelengkapan pakaian dan buku. Belum dikira kos tambang bas atau van sekolah lagi,” katanya.
Justeru, beliau merasakan perlu ada satu mekanisme daripada kerajaan sebagai usaha membantu golongan ibu bapa menghadapi dilema ini.
Dalam pada itu, Dr Maamor berkata, sebagai salah satu jalan penyelesaian, koperasi sekolah perlu memainkan peranan.
“Inilah masanya semua sekolah menyatakan sokongan dengan menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran sebagai pilihan yang lebih jimat kepada ibu bapa,” katanya.
Katanya, dengan pembelian pukal daripada koperasi, harga pastinya lebih murah dan memberikan lebih banyak penjimatan kepada ibu bapa serta pelajar.
“Saya harapkan supaya semua sekolah menyokong pembelian melalui sekolah. Lebih baik juga bantuan RM100 daripada kerajaan itu diberikan dalam bentuk baucar dan ditebus di koperasi sekolah,” katanya.
Sumber : Sinar
Related Posts :
PERTANYAAN PELIK Wanita Ini Telah Buat Mat Maslan Dan Arul TERSENYUM !! Ketika orang ramai memberi perhatian terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy mengenai isu 1MDB, seorang wanita mencuri perhatian dalam s… Read More...
Hati-hati kalau nak kerja petik buah di Australia ANTARA rakyat Malaysia yang ditipu ejen bekerja sebagai pemetik buah. Gambar kanan, Mohd Faidzol Ismail menunjukkan laporan polis yang t… Read More...
PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !! I Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kala… Read More...
Video Nabil menangis ceritakan kebaikan dan kenangan bersama arwah Pak Yus Jambu di Meletop (Video) Nabil Menangis Ceritakan Kebaikan Dan Kenangannya Bersama Yus Jambu Pemergian Yussri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jamb… Read More...
(Video) Bergaduh Baju Koyak Rabak Hanya Kerana Rebutkan Tempat Duduk Keretapi Dua gadis bergaduh di dalam keretapi hanya kerana berebutkan kerusi,kejadian ini terjadi di sebuah keretapi di Beijing Sub… Read More...
0 Response to " Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST! "
Post a Comment