i1

PERTOLONGAN ALLAH SWT MASA PENGKEBUMIAAN ALMARHUM TENGKU JALIL

ik 1










INI KIRIMAN DARI LIKERS ADMIN..CUMA MENYATAKAN KEADAAN LANGIT JAM 2 PTG SEWAKTU ALMARHUM TUNKU JALIL DI MAKAMKAN DI MAKAM DIRAJA MAHMOODIAH,JB.APA YANG ADMIN SAMPAIKAN HANYALAH UNTUK MELIHAT KEKUASAAN ALLAH SWT..... WASSALAM.. sumber


-dgn pertolongan Allah ini,memudahkan semua urusan
pemakaman berjalan lancar..
---------------------

 [10 FOTO] Tangisan Ayah Bonda Di Hari Pengebumian Almarhum Tunku Abdul Jalil ..


[10 FOTO] Tangisan Pilu Permaisuri & Sultan Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Selamat Disemadikan..:

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Mahmoodiah pada pukul 3.10 petang Ahad.
Terdahulu, keranda yang menempatkan jenazah Tunku Abdul Jalil telah dibawa keluar dari Istana Besar di sini selepas solat Zohor pada pukul 1.20 petang.
Keranda itu dibawa oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail serta adik-beradik puteranya yang lain.

1Ixlb5Q


1lFXY75


1Ixlb5S
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah accompanied by the Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pouring scented water on the grave of their son, Tunku Abdul Jalil, at the Mahmoodiah Royal Mausoleum in Johor Baru, today

1lFXY77
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hugging his daughter Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah after laying his son, Tunku Abdul Jalil, to rest at the Mahmoodiah Royal Mausoleum today. Pix by Zulkarnain Ahmad Tajuddin

1Ixla1R
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar gripping the hand of his son, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail at the burial of Tunku Abdul Jalil at the Mahmoodiah Royal Mausoleum today
1lFXY79
The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Iskandar in grief during the burial of his son Tunku Abdul Jalil at the Mahmoodiah Royal Mausoleum today.

1Ixlb5U
Jenazah Almarhum kemudian dibawa menggunakan pedati yang ditarik oleh 30 Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Istana Besar terus ke makam tersebut sepanjang tiga kilometer.
Sultan Ibrahim secara peribadi telah membuat pemeriksaan ke atas keranda pada pukul 1.27 petang.
Sultan Ibrahim dan ahli-ahli keluarga diraja turut mengiringi jenazah diikuti oleh pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.
Hujan turun selama 10 minit kira-kira pukul 12.50 tengahari tetapi rakyat Johor, yang sebelum ini telah memberi penghormatan terakhir kepada putera Johor itu, tidak berganjak dari kawasan istana.Bersebelahan keranda itu, sekumpulan lelaki dari Jabatan Agama Islam Johor membacakan ayat-ayat suci al-Quran.


Sementara itu, seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani, 69, antara rakyat negeri ini yang turut tidak ketinggalan menziarahi jenazah Tunku Abdul Jalil.

Fatimahzahrah yang menaiki bas seorang diri, berkata Almarhum merupakan kerabat raja yang berjiwa rakyat dan kali terakhir dia bertemu Tunku Abdul Jalil ialah pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri tahun lepas di Istana Pasir Pelangi dan sempat bersalam-salaman dengan Almarhum
.
“Saya berkunjung ke rumah terbuka di Istana Pasir Pelangi setiap tahun sejak 1997. Tetapi, kunjungan tahun ini paling bermakna dan memberi kenangan kerana itu adalah pertemuan terakhir dengan Almarhum,” katanya.
Sementara itu, bendera Johor dikibarkan separuh tiang di setiap bangunan kerajaan sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor

-----------------------------------------------------------

Profile Tunku Laksamana
----------------------------------
Nama: YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail
Gelaran: Tunku Laksamana Johor
Tarikh Diputerakan: 5 Julai 1990
Fakta Tunku Laksamana
-------------------------------
-Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.
-Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom
-Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan
kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.
-Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.
- Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini
- Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar
-disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada 5 Julai 1990 (25 tahun)) merupakan Tunku Laksamana Johor dan juga anakanda ke-4 kepada Sultan Johor terkini.
Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Al-fatihah

ik2

0 Response to " PERTOLONGAN ALLAH SWT MASA PENGKEBUMIAAN ALMARHUM TENGKU JALIL "

Post a Comment