Jika
sebelum ini Azwan Ali pernah membuat laporan kerana menyatakan
sokongannya kepada Perdana Menteri, baru-baru ini selebriti yang sinonim
dengan panggilan diva ini turut membuat laporan polis hanya kerana
diugut akan disunatkan oleh individu di laman Instagramnya.
“UGUT
“SUNAT” AZWAN ALI & KACAU GANGGU BIADAP #HATERSneraka!
#HAMBIKkowwww,” begitulah caption yang turut disertakan bersama dengan
video laporan polis tersebut. Semoga Azwan terlindung daripada peminat
yang mahu mengkhatankannya itu.
Sebelum
ini, Azwan juga ada memuatnaik video bagaimana dia membuang pelekat
yang dihadiahkan oleh Aznil Nawawi untuk penjenamaan rendangnya.
Tindakannya itu hanyalah kerana ada peminat yang mempertikaikan dirinya
yang tidak mampu untuk membeli pelekat sendiri.
0 Response to " Azwan Ali Buat Laporan Polis Setelah Diugut Sunat Oleh Peminat "
Post a Comment