SHAH
ALAM – Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan
disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa
dirinya diculik baru-baru ini.
Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.
“Seorang
remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik
padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya
ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi
viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan
simpati mengiringi cerita tipu itu.
“Teknik
berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah
dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik
pembohongan dan penipuan sebegini,” katanya menerusi posting terbaharu
di Facebooknya hari ini.
Asri
berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik
baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.
Hari
ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro
Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi
sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.
Sebelum
ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur
Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.
Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.
Sumber: datangbulanke
0 Response to " Dr MAZA Bagi Komen Yang Paling PEDAS Buat Nor Atirah Serius Makan Dalam "
Post a Comment