i1

DRAMA BAND TRENDING SELURUH DUNIA KERANA DISANGKA ONE DIRECTION

ik 1


Trending di Twitter, Drama Band disangka One Direction
Trending di Twitter, Drama Band disangka One Direction
MACAM-macam cerita yang dapat didengar selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) melabuhkan tirainya semalam. Antara yang mendapat perhatian adalah persembahan Drama Band.
Walaupun gagal membawa pulang sebarang anugerah, persembahan vokal penyanyinya, Aepul, disifatkan antara yang terbaik.
Ia sekaligus membuatkan nama Drama Band trending di seluruh dunia.


Namun apa yang melucukan ialah ramai pengguna media sosial menyangkakan ‘drama band’ adalah berkenaan kumpulan pop antarabangsa, One Direction.





Dapat dilihat ramai peminat One Direction di seluruh dunia kecewa apabila hashtag ‘drama band‘ rupa-rupanya tiada kena mengena dengan kumpulan pujaan mereka itu.
Tidak dapat dipastikan mengapa salah faham itu boleh terjadi, namun ia mungkin kerana One Direction cukup dikenali dengan pelbagai isu dan kontroversi.


Sumber: Astro Awani
ik2

0 Response to " DRAMA BAND TRENDING SELURUH DUNIA KERANA DISANGKA ONE DIRECTION "

Post a Comment