i1

Fiza Elite, Adam AF Bercerai Lagi

ik 1

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim dan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam sah bercerai kali kedua.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Fiza dan berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah.

"Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri. 

"Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi. 

"Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula," katanya. 

Fiza dan Adam bernikah pada September 2013 tetapi bercerai pada 28 April 2014 dan rujuk pada tahun sama.

Namun, tahun lalu, Fiza nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. 

Perkahwinan Fiza dan Adam tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Berita Harian Online
ik2

0 Response to " Fiza Elite, Adam AF Bercerai Lagi "

Post a Comment