GADIS DAKWA ‘TERSILAP’ LAHIR SEBAGAI MANUSIA, SEBENARNYA DIA ADALAH KUCING
Seorang gadis berumur 20 tahun percaya ‘berlaku kesilapan’ selepas dilahirkan sebagai manusia dan mendakwa dirinya adalah seekor kucing.
Gadis yang dikenali sebagai Nano tersebut membuat pengakuan terbuka melalui sebuah video yang dimuatnaik ke laman Youtube semalam.
“Nama saya Nano. Saya seekor kucing,” kata Nano dalam video tersebut.
Dalam video tersebut, Nano mendakwa mempunyai persamaan dengan kucing iaitu takut air dan mampu berkomunikasi dengan mengiau ‘meow’.
Nano juga mengenakan perhiasan telinga kucing di bahagian kepala dan memasang ekor kucing palsu di bahagian punggung, selain merangkak di atas lantai persis kucing sebenar.
“Saya sedar saya adalah kucing ketika saya berumur 16 tahun. Terdapat ‘kesilapan genetik’ dalam kelahiran saya.
“Saya juga akan berdesir (hissing) apabila bertemu dengan anjing. Naluri kucing saya akan berdesir secara automatik,” tambah Nano yakin.
Didalam video tersebut, penemuramah membawa Nano keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah.
Penemuramah dari stesen NRK P3 tersebut juga terkejut dengan ‘aksi kucing’ Nano apabila berada di tempat-tempat tumpuan awam.
0 Response to " Gadis dakwa ‘tersilap’ lahir sebagai manusia, sebenarnya dia adalah kucing "
Post a Comment