Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kalau sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu?
Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh memperuntukkan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bersuka ria. Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa hadapan!
Dengan merancang kewangan, anda berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. anda juga dapat mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan kepada orang lain.
Save whatever left after spending vs spend whatever left after saving
Ramai yang silap di dalam bab merancang simpanan di mana ramai yang hanya menyimpan baki daripada duit yang sudah habis dibelajakan berbanding cara yang betul, belanja selepas habis menyimpan.
Artikel ini telah di terbitkan di facebook Tuan Mohd Faiz. Kami kongsikan untuk manfaat semua.
Strategi : Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya
Kisah Benar :
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang. Ok, first sekali letakkan target duit nilai berapa yang nak dijadikan simpanan anda.
Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
Tujuan : Nak pergi melancong ke Turkia atau pergi menunaikan umrah (sekadar contoh)
Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20
Tujuan : Nak pergi melancong ke Turkia atau pergi menunaikan umrah (sekadar contoh)
Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20
Peraturan Wajib :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda wajib masukkan duit tu dalam tabung yang anda dah buat tadi.
2. Haram Muakkad untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3. Jika 'terguna' sila qada dengan jumlah yang sekali ganda (Contoh : guna RM5 ganti RM10)
4. Wajibkan pasangan anda buat benda yang sama.
5. If belum menikah, sharelah dengan housemate, roomate anda.
6. Jangan dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .
...
Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorang pegawai TM Telekom. Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,

- 140 keping RM 20
- 80 keping RM 5
Total saving secara paksa rela selepas 6 bulan = RM 3700
0 Response to " IKUT CARA SIMPANAN MUDAH INI, UNTUK KUMPUL RM3,700 DALAM MASA 6 BULAN "
Post a Comment