i1

Inilah Komen Pedas Yana Samsudin Buat Ibu Menyusu Di Public Yang Bikin Sentap

ik 1

6-Saya-Malu-Lihat-Wanita-Selfie-Sedang-Menyusukan-Anak-ROTIKAYA

Baru-baru ini, kecoh mengenai tindakan wanita berkongsi gambar menyusukan anak dan dalam masa yang sama Yana Samsudin turut mnenyuarakan pendapatnya di laman sosial selain turut berasa malu dengan perkara tersebut.
PENGALAMAN MENJADI SEORANG IBU, SAYA GEMBIRA MELIHAT RAMAI WANITA MULA SEDAR MENGENAI KEPENTINGAN MENYUSUKAN ANAK SENDIRI (BREASTFEEDING) DAN SAYA HARAP SATU HARI NANTI SAYA JUGA DAPAT BERBUAT DEMIKIAN”
8-Saya-Malu-Lihat-Wanita-Selfie-Sedang-Menyusukan-Anak-ROTIKAYA
“Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia tidak manis dipandang,” jelasnya kepada mStar Online.
Selain itu, Yana juga berpendapat bahawa ketika ini terdapat pelbagai lagi alternatif lain lain untuk menyusukan anak seperti kain ‘apron’, para ibu sepatutnya menggunakan kemudahan tersebut.
“Saya tahu ‘apron’ menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini”
“Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak. Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu,” katanya lagi. Jadi, apa pendapat anda pula mengenai perkara ini?
Sumberhttp://rentakartis.com/
ik2

0 Response to " Inilah Komen Pedas Yana Samsudin Buat Ibu Menyusu Di Public Yang Bikin Sentap "

Post a Comment