Baru-baru,
kami amat tertarik dengan sebuah pertubuhan Islam yang telah
mendedahkan terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan pihak
tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin
Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang. Betulkah sampai begitu
sekali?
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata,
ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya
menghapuskan keperluan menulis nama Bin Binti, bangsa dan agama ketika
orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak
masing-masing.
Dan
ini antara sebab-sebab yang lebih terperinci kenapa Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman risau sangat dengan
isu ini…..
Beliau
berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan
daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan
beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta
liberalisasi dipelopori oleh negara Barat. Kesannya anak zina atau
zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun
boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi
kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini. – Abdullah Zaik
Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Sebenarnya
adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan
masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita
keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status
bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama. Penghapusan Bin Binti
akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan
persamaan dan kesamarataan. – menurut perlembagaan, Melayu dan islam
diberi keistimewaan, even Prof Aziz Bari pun kata Malaysia bukanlah
negara sekular.
Kami
pun tak pasti apa yang bukti yang menyebabkan Presiden ISMA tiba-tiba
sahaja mengeluarkan isu ini. Samada betul atau tidak, hanya beliau
sahaja yang tahu. Cuma pada pandangan kami tiada isu apa pun sebenarnya
benda ini. Sebabnya tiada paksaan pun untuk mana-mana rakyat Malaysia
meletakkan bin ataupun binti pada kad pengenalan.
Letak bin binti “belum tentu Islam”, tetapi orang Islam yang mengamalkan ajaranNya itu lebih dipandang mulia di sisiNya”
Dalam
Islam tak wajib untuk seseorang itu meletakkan bin atau binti pada kad
pengenalan. Satu lagi, kami agak tak bersetuju dengan “hukuman yang
diberikan kepada anak luar nikah”. Kalau ikut pemahaman Presiden ISMA
ini; anak luar nikah tak boleh didaftarkan IC? Tak boleh dianggap
warganegara?
Dahla…..anak
luar nikah ini berpunca daripada kegiatan daripada pasangan tidak ada
moral. Kemudian apabila mereka lahir, kita hukum mereka lagi dengan
dasar yang seperti ini. Kesian mereka. Mereka pun tidak mahu rasanya
dilahirkan sebegini rupa. Anak-anak ini tidak bersalah, mereka tidak
sepatutnya dihukum sebegini rupa.
Jikalau
disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan
binti tidak melibatkan hukum Islam. Ini terbukti apabila terdapat
penggunaan bin dan binti dalam masyarakat Kadazan, Dusun yang bukan
beragama Islam. Malah di negara Arab juga, penggunaan bin dan binti
tidak tertakluk kepada individu yang beragama Islam. Oleh hal yang
demikian itu, isu agama tidak wujud dalam hal ini.
Ini
semua terpulang kepada rakyat Malaysia, kalau nak guna, dipersilakan.
Kalau tidak mahu, tiada paksaan pun sebenarnya. Isu ini bagi kami tiada
kena mengena dengan Islam tetapi lebih kepada soal pengurusan dan
pentadbiran sahaja. Mengapalah benda khilaf tiada dalam hukum agama
menjadi keutamaan dalam pertubuhan ini.
Macam
apa yang kami sebelum ini, tak perlu nak beria-ria nak tekankan juga
perlunya wujud Bin Binti tu..sedangkan dalam Islam pun, tak perlu.
Lainlah kalau memang ianya undang undang negara termaktub dalam
perlembagaan negara. Ia lebih kepada HAK INDIVIDU..sebab nama ialah hak
masing masing. Kalau nak letak Bin/Binti, letak…..kalau tidak mahu
letak, terpulang. Senang kan begitu?
Kan
lebih baik pertubuhan ini memainkan peranannya umat Islam yang tidak
pergi solat berseronok di waktu Maghrib di tapak-tapak karnival. Ada
tegur? Ada nasihat?
Ada beberapa tokoh yang kami semak tidak menggunakan bin binti, elok sahaja agamanya :
Ustaz Lim Jui Soon
Ustaz Ang Wang Seng
Dr Laurence Brown
Dr Bilal Phillips
Keith Ellison, First US Moslem Congressman
Ustaz Ang Wang Seng
Dr Laurence Brown
Dr Bilal Phillips
Keith Ellison, First US Moslem Congressman
Tetapi yang ini pula ada bin binti, macam mana pula tu?
Wartawan Perang Israel, Ron Bin Yishai
Wira Israel, Binyamin Fuad Bin Eliezer
Wira Israel, David Bin Gurion
Ketua pasukan bolasepak Israel dan pemain Arsenal, Yossi Bin Ayoun
Shlomo Bin Ami, bekas menteri luar Israel
Zine El Abidine Bin Ali, Diktator Muslim
Dan akhirnya, Lina Joy pun dalam IC beliau tertera Islam.
Wira Israel, Binyamin Fuad Bin Eliezer
Wira Israel, David Bin Gurion
Ketua pasukan bolasepak Israel dan pemain Arsenal, Yossi Bin Ayoun
Shlomo Bin Ami, bekas menteri luar Israel
Zine El Abidine Bin Ali, Diktator Muslim
Dan akhirnya, Lina Joy pun dalam IC beliau tertera Islam.
P/S : Kami sendiri selesa dengan penggunaan bin binti ini, sebab dah lama guna ka. Tiada masalah pun.
PP/S
: Pada pendapat anda sendiri untuk situasi di negara kita Malaysia, apa
yang menjadi keutamanaan anda jika diberikan pilihan meletakkan bin
atau binti atau tidak? Mana pilihan anda, dan sebab apa?
0 Response to " INILAH MAKSUD SEBENAR "BIN BINTI DAN BTE" YANG RAMAI TAK TAHU "
Post a Comment