i1

Kereta Generasi Baru Proton Saga Dijumpai Sedang Diuji Diatas Jalan Raya

ik 1



Ada satu berita baik terutamannya kepada kaum lelaki apabila dikatakan generasi baru Proton Saga yang akan diumumkan pada tahun ini telah dikesan berada di atas jalan raya Malaysia

Memetik laporan portal automotif terkenal, Paultan, gambar-gambar Proton Saga generasi baru itu sedang diuji diatas jalan raya Malaysia beberapa hari lalu dan gambar berjaya diambil oleh pengguna media sosial Chua TC, serta diperoleh daripada Proton Iriz Komuniti kumpulan (Malaysia) Facebook.

Berdasarkan pemerhatian, kereta berkenaan agak jelas sebagai pengganti Saga semasa walaupun banyak diubahsuai tetapi masih beberapa bahagian menyerupai bentuk asal iaitu bentuk asas, pintu depan dan cermin pintu yang masih menyerupai Saga BLM membuatkan ia agak mustahil merupakan kereta model baru lain dari Proton.

Apa yang membezakan kereta generasi baru ini dengan Saga sedia ada ialah, lampu, bumper depan lebih sporty, dan bahagian depan kereta kelihatan sama dengan keluaran Preve.







Selain itu, bahagian pemegang pembuka pintu kereta ini adalah dari rekaan kereta Proton Iriz membuatkan rekaan ini dilihat lebih kemas daripada kereta Saga semasa.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan cc kereta ini dan ada mengatakan ia akan didatangkan dengan enjin 1.3 dan 1,6 liter VVT seperti enjin Proton Iriz dengan dipadankan dengan sistem manual lima kelajuan atau CVT. 
sumber- Siakapkeli.my






ik2

0 Response to " Kereta Generasi Baru Proton Saga Dijumpai Sedang Diuji Diatas Jalan Raya "

Post a Comment