ik 1
Remaja lelaki 16 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan merogol gadis berusia 14 tahun yang mendakwa diculik.
Dia yang juga kenalan gadis itu, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pelabuhan Klang pada Disember 2014 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan esok untuk sebutan semula kes.
Terdahulu di mahkamah yang sama, seorang lagi teman lelaki remaja perempuan itu, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa atas pertuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah. Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Nor Asma menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali. Sementara itu, remaja perempuan terbabit yang mendakwa dirinya diculik Disember lalu mengaku bersalah di mahkamah yang sama atas pertuduhan mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu.
Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu. Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar.
TEMAN lelaki remaja perempuan, Gan Chin Teck, 19 (kiri) bersama remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik.
sumber
ik2
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Response to " Remaja 16 tahun dituduh rogol gadis dakwa diculik KLANG "
Post a Comment