Sudah pasti ramai antara kita menggunakan kata laluan untuk melindungi maklumat peribadi kita di gadget, alat alektronik dan sudah pasti aplikasi yang memerlukan kata laluan seperti di media sosial dan akaun perbankkan online.
Tapi, tahukah anda ramai antara kita sebenarnya tidak mementingkan hal ini di mana ramai antara kita menggunakan kata laluan yang sebenarnya terlalu mudah untuk diceroboh.
Perlu kita ketahui, kata laluan yang baik adalah penting untuk mengelakkan maklumat atau data peribadi kita jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, pakar keselamatan telah mengesyorkan agar kita semua supaya menggunakan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan memasukkan huruf besar.
Berdasarkan pendedahan yang dilakukan di dalam laporan tahun kelima SplashData, lebih dua juta kata laluan pada tahun 2015 lalu bocor dan terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Laporan itu mendedahkan 25 senarai kata laluan yang terburuk sering diguna pakai di mana sekali lagi kata laluan “123465” kekal di tangga teratas lima tahun berturut-turut dan yang peliknya ia menjadi pilihan begitu ramai orang.
Berikut adalah 25 senarai kata laluan paling buruk dan mudah diceroboh.
- 123456
- password
- 12345678
- qwerty
- 12345
- 123456789
- football
- 1234
- 1234567
- baseball
- welcome
- 1234567890
- abc123
- 111111
- 1qaz2wsx
- dragon
- master
- monkey
- letmein
- login
- princess
- qwertyuiop
- solo
- passw0rd
- starwars
Oleh itu, pihak SplashData telah menyertakan tiga tip mudah untuk membantu orang ramai untuk memilih kata laluan yang selamat.
- Guna kata laluan atau prasa sehingga 12 aksara atau lebih dengan mencampurkan huruf kecil, huruf besar dan nombor.
- Elakkan menggunakan kata laluan yang sama dengan web-web berbeza. contohnya satu kata laluan digunakan untuk Facebook, Twitter dan Maybank2u.
- Gunakan perkhidmatan pengurus kata laluan seperti SplashID untuk mengatur dan melindungi kata laluan, menjana kata laluan secara rawak, dan secara automatik log masuk ke dalam laman web.
Jadi, untuk mengelakkan maklumat anda terdedah kepada individu yang tidak dikehendaki bocor, jika menggunakan kata laluan seperti diatas, cepat-cepatlah tukar sebelum terlambat. - Siakapkeli.my
0 Response to " Senarai ''Password" Popular Terburuk Yang Sering Diguna Pakai Dan Senang Untuk Digodam "
Post a Comment