Johor Bahru: Kelibat trak Mack milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
menarik perhatian pengunjung di Danga Bay di sini, tengah hari tadi.

Trak termahal di dunia itu dikerumuni orang ramai ketika diletakkan di tempat letak
kereta di hadapan sebuah restoran di kawasan itu sementara Sultan Ibrahim meluangkan
masa makan tengah hari di restoran berkenaan.

Trak yang dianggarkan mencecah RM1.4 juta itu dilihat berada di kawasan terbabit
kira-kira satu jam setengah.Kelihatan Sultan Johor turut beramah mesra bersama rakyat
yang tidak melepaskan peluang melihat trak terbabit dengan lebih dekat.

Ini kali pertama baginda menggunakan trak berkenaan selepas kenderaan itu tiba di Johor
beberapa hari lalu.
beberapa hari lalu.
Trak itu akan diletakkan di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene malam ini bagi
rakyat Johor melihat dengan lebih dekat selain berpeluang bergambar dengan kenderaan itu.

0 Response to " Trak Mack Sultan Johor jadi tumpuan [METROTV] "
Post a Comment