Atlet judo Mesir, El Shehaby enggan bersalaman dengan atlet Israel, Or Sasson selepas tamat perlawanan membabitkan kedua-dua atlet terbabit, sekali gus mengundang ejekan penonton dan menimbulkan persoalan berhubung isu toleransi pada kejohanan terbabit.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membuka siasatan disiplin selepas El Shehaby yang tewas pusingan pertama itu apabila terus berundur ketika Sasson menunduk hormat dan cuba menghulurkan tangannya untuk bersalam.
El Shehaby, 32, menerima tekanan daripada penyokongnya di laman media sosial supaya tidak bertanding menentang atlet Israel itu memandangkan ia bakal memalukan agamanya.
ik2
0 Response to " Atlet Judo Mesir Enggan Bersalam Dengan Atlet Israel "
Post a Comment