Ramai kita diluar sana bila terdengar bangsa Yahudi sudah pasti akan teringat akan kisah betapa kejamnya Israel yang kejam menindas umat Islam di Palestin.
Kita juga ketahui yang bangsa Yahudi ini merupakan bangsa paling berjaya di dunia di mana walaupun tidak ramai, mereka berjaya menguasai ekonomi di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat yang merupakan kuasa ekonomi dunia.
Jadi tidak hairanlah kenapa Israel begitu 'kebal' walaupun melakukan perkara yang melanggar undang-undang antabangsa.
Admin tidak mahu bersembang mengenai 'kehebatan' bangsa ini, bukan hendak mengagung-agungkan mereka, kekejaman Israel terhadapa umat Islam memang tidak dapat dimaafkan, tetapi kita boleh ambil contoh yang baik daripada mereka yang boleh kita ambil dan terapkan dalam hidup kita.
Terjumpa satu artikel yang ditulis oleh saudara Zaid Traveler, iaitu seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika di mana beliau yang pergi ke sana sebatang kara dan hasil penat lelahnya, beliau mampu kini berbangga apabila mempunyai peniagaannya sendiri di sana.
Menurut Zaid, dia pernah bersembang dengan seorang pemilik kedai barangan elektrik berbangsa Yahudi di mana pemilik kedai itu telah berkongsikan kepadanya dua rahsia penting Yahudi lakukan untuk menjamin kelangsungan bangsa mereka di masa hadapan.
Apakah rahsia itu? jom kita baca.
Beliau dihadapan gerai Sushinya di New York
Hampir tiada bangsa Yahudi miskin di dunia ini. Apa rahsianya?
Mereka amat bencikan kemiskinan, walaupun jumlah populasi Yahudi tidaklah ramai, tetapi mereka berjaya menguasai ekonomi di USA dan juga dunia.
Dari hasil perbualan saya dengan seorang pemilik kedai barangan elektrik berbangsa Yahudi di Manhattan NYC, dia mengatakan ada dua benda penting yang kebanyakkan orang yahudi buat untuk menjamin masa depan keluarga serta kaumnya :
1- Bisnes (boleh di warisi)
2- Insuran untuk waris
Katanya lagi, insuran sangat penting, kami tak akan tinggalkan waris dalam keadaan susah tanpa tali bergantung, paling rendah plan insuran yang diambil berjumlah 1 juta dolar. Sebab itu hampir tiada kaum kami yang miskin.
Saya sangat teruja, hebat perancangan mereka, sedangkan kita kaum muslim yang ramai jumlahnya tak dapat menguasai ekonomi dunia! Di luar sana juga masih ramai yang berkira-kira untuk membeli insuran perlindungan keluarga, kalau kereta kita sanggup insuran kan beribu ringgit, takkan untuk perlindungan keluarga tak sanggup belanja rm150 sebulan?
Saya bukan agen insuran mahupun takaful, tetapi saya tidak suka bila ada orang mempertikaikan kenapa perlu beli insuran dan menganggap insuran suatu pembaziran.
Bagi saya apa yang kaum Yahudi buat adalah yang terbaik, perancangannya sangat tersusun. Mereka hidup bermuafakat bangunkan bisnes. Kita jauh sekali untuk bermuafakat, jual goreng pisang pun sampai sihir menyihir. Aduh!
Walaupun mereka bangsa yahudi, Tapi tak salahkan untuk kita ambil yang positif?
# Sekadar renungan bersama.
# Jika kaum yahudi boleh, takkan kita yang ramai ni tak boleh. Think positive.
sumber- Siakapkeli.my ik2
0 Response to " Pernah Bersembang Dengan Pemilik Kedai Berbangsa Yahudi, Lelaki Menetap Di USA Ini Kongsi 2 Perkara Penting Yahudi Lakukan Untuk Jamin Bangsa Mereka "
Post a Comment