
10 AKTIVITI YANG KITA BUAT SETIAP HARI TETAPI HARAM DI KOREA UTARA
Untuk
info, Pyongyang adalah ibu negara bagi Korea Utara dan negara ini
bersempadan dengan Republik China di Utara dan Barat Laut. Kawasan Zon
Bebas Tentera Korea adalah merupakan batu aras sempadan pemisah antara
Korea Utara dengan Korea Selatan.
Apakah 10 perkara yang diharamkan di Korea Utara tetapi perkara ini diamalkan seperti biasa di negara lain?
Jika
anda merancang percutian ke Korea Utara, mungkin anda patut berfikir
dua kali kerana 10 peraturan ini bakal membuatkan anda membatalkan
percutian ke negara tersebut.
Ikuti sepenuhnya fakta di bawah:
10. Menonton Televisyen
Apa
yang pelik di Korea Utara adalah rakyatnya dilarang menonton apa-apa
rancangan di televisyen selain hanyalah dapat menikmati rancangan TV
dalam negara sahaja.
Tambahan
lagi, 2 tahun lepas, seramai 130 orang rakyat Korea Utara telah
menerima hukuman di khalayak ramai gara-gara menonton rancangan dari
Korea Selatan.
9. Mengamalkan Agama
Majoriti rakyat Korea Utara adalah Atheist dalam erti kata lain, tidak memiliki sebarang agama.
8. Minum minuman keras
Di
Korea Utara minuman beralkohol hanya dibenarkan minum pada hari-hari
perayaan atau sambutan khas negara itu. Tambahan lagi, pelajar di negara
itu dilarang sama sekali membeli atau minum minuman keras. Pelajar yang
ditangkap kerana 'kesalahan' tersebut akan disoal siasat pihak berkuasa
Korea Utara.
Pada
tahun 2012, seorang pegawai tentera terbunuh gara-gara mabuk ketika
menggunakan senjata mortar di hari memperingati 100 hari pemergian
pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il
7. Memandu
Kebebasan untuk memandu di sekeliling negara adalah dihadkan sama sekali.
Rakyat
Korea Utara disekat kebebasan untuk memandu diseluruh negara tersebut
malah kerajaan telah menghadkan hanya 1 kereta bagi setiap 1000 orang
penduduk.
6. Mendengar/memainkan muzik
Lupakan
lagu Justin Bieber, Meghan Trainor - Like I'm Gonna Miss You atau lagu
Taman Rashidah Utama nyanyian Wings kerana di Korea Utara semua muzik
luar telah disekat masuk dan dikawal ketat oleh kerajaan.
Muzik
barat lebih-lebih lagi yang berasal dari Amerika Syarikat adalah salah
laku dan jenayah berat bagi sesiapa sahaja rakyat yang mendengar atau
memainkan muzik tersebut.
5. Panggilan Antarabangsa
Katakan
pada imigran yang datang bekerja di Malaysia seperti dari Myanmar,
Bangladesh dan Indonesia, "Kawan, anda bertuah menetap di sini kerana
yang tersayang dapat anda hubungi setiap masa".
Ini kerana, sebarang komunikasi atau panggilan antarabangsa yang dibuat dalam negara Korea Utara akan dikenakan hukuman mati.
Pada
tahun 2013, seorang lelaki yang menetap di Korea Utara telah dikenakan
hukuman mati oleh skuad penembak gara-gara menelefon rakannya yang
berada di Korea Selatan.
4. Bercakap/mengkritik
Kebebasan untuk bersuara atau menyuarakan sesuatu pendapat dianggap salah di Korea Utara.
Mana-mana
rakyatnya yang ditangkap kerana bercakap atau membincangkan mengenai
kelemahan kerajaan atau mengkritik cara pemerintahan pemimpin akan
dihantar serta merta ke 'Kem Pendidikan-semula'
Di
kem tahanan tersebut, pesalah akan dipaksa melakukan kerja keras,
didera secara mental untuk menjadikan semula rakyatnya seorang yang
patuh dan mengikut acuan kerajaan.
3. Melancong Ke Luar Negara
Melancong atau berhijrah ke luar negara adalah salah satu jenayah terbesar di Korea Utara.
Jika
kerajaan mendapati ada rakyatnya berhijrah ke negara China untuk
mendapat perlindungan dan memulakan kehidupan baru, kerajaan menganggap
sebagai pembelot pada negara.
Dan jika ada rakyatnya yang dapat ditangkap, kerajaan serta merta akan melaksanakan hukuman berat di khalayak ramai.
2. Pornografi/Bahan Lucah
Soalan: Apakah hukuman bagi pesalah di Korea Utara yang menjual, memiliki dan menonton bahan lucah?
Jawapan: Hukuman Mati
1. Melayari Laman Web
Mana-mana daerah dalam negara Korea Utara yang mendapat akses internet hanya boleh digunakan dengan kebenaran sahaja.
Kebanyakan
laman web di Korea Utara berkisar tentang berita propaganda dan seperti
biasa, akses laman web dari luar negara telah disekat.
Pada
tahun 2013, seorang wartawan berita dalam talian telah dihukum penjara
selama 6 bulan gara-gara tersalah ejaan. -HarianBlogger.Com
ik2
0 Response to " 10 AKTIVITI YANG KITA BUAT SETIAP HARI TETAPI HARAM DI KOREA UTARA "
Post a Comment