Tak kira adat apa pun, setiap kaum memiliki adat dan tradisi yang menjadi lambang atau jati diri seseorang.
Di bawah adalah senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di dunia.
Di bawah adalah senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di dunia.
Ikuti sepenuhnya di bawah:
Nombor 5: 'Alakachu' - Culik perempuan mana-mana yang disukai untuk dijadikan isteri (Kyrgyzstan)
Motif utama wanita di negara ini diculik bukannya untuk menuntut wang tebusan, tetapi untuk dijadikan ISTERI.
Itulah
sebahagian adat pelik yang diamalkan masyarakat di Kyrgyzstan dimana
perempuan boleh diculik bila-bila masa sahaja untuk dijadikan isteri.
Inilah satu-satunya negara di dunia dimana kes penculikan dianggarkan
berlaku setiap 40 minit dan adat tradisi ini dipanggil 'Alakachu' yang
bermaksud 'Rebut & Lari'.

Caranya
adalah, para lelaki akan memandu sekitar bandar untukmencari bakal
isterinya, jika terjumpalah mana-mana wanita yang berkenan di hati,
perempuan tersebut akan diheret ke dalam kereta dan terus di bawa lari
ke ruma lelaki itu. Tambahan lagi keluarga pihak lelaki telah membuat
persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.
Setibanya
'pengantin' perempuan, keluarga pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya
memujuk perempuan itu untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Secara
statistik, 50% wanita negara itu yang telah berkahwin sekarang adalah
mangsa penculikan. Sebab itulah kes bunuh diri dan penceraian seringkali
berlaku di Kyrgyzstan.
Nombor 4: 'Sarung Tangan Semut Peluru' (Brazil)
Seperti
sarung tangan oven tetapi didalamnya dipenuhi dengan puluhan ekor
semut. Semut peluru ini berukuran sepanjang 1 inci dan untuk info dalam
statistik sengatan serangga, semut peluru menduduki tempat pertama
dengan sengatan paling ekstrim.
Tradisi
sadis ini merupakan amalan sebuah puak di Brazil. Salah satu proses
peralihan remaja untuk menjadi seorang dewasa perlu menjalani amalan
ujian ini.
Selama
10 minit mereka akan dipakaikan sarung tangan yang dikerumuni oleh
semut ini dan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami, peserta akan
diminta menari dengan iringan muzik dan disorak oleh penduduk kampung.
Walaupun
begitu remaja tersebut bukan hanya melalui ritual ini sekali seumur
hidup, sekurang-kurangnya mereka terpaksa melalui 20 kali sepanjang
hidup dan barulah remaja-remaja disana dianggap lelaki sejati.
Nombor 3: Ratu Hodoh (England)
Kalau
kita biasa dengar pertandingan ratu cantik, di England mereka ada
pertandingan Ratu Hodoh. Inilah dinamakan World Gurning Championship
dimana semua peserta bertanding untuk membuat raut muka yang hodoh
sekali.
Peraturannya adalah peserta yang dapat mengubah wajah mereka kepada yang ekstrim hodoh dan mengerikan akan muncul sebagai juara.
World
Gurning Championship telah bermula sejak tahun 1269 dan diasaskan oleh
King Henry III. Usia pertandingan ini mencecah hampir 800 tahun dan
sememangnya pertandingan ini mendapat sambutan hangat di England.
Rekod kemenangan 15 kali berturut-turut dalam pertandingan ini dipegang oleh Tommy Mattison.
Nombor 2: El Colacho - Melompat Atas Bayi (Sepanyol)
Tradisi
ini dinamakan di Sepanyol sebagai El Colacho dimana seorang lelaki akan
memakai topeng yang menyerupai syaitan. 'Syaitan' ini akan berlari dan
terus melompat diatas bayi. Festival ini diadakan setiap tahun sempena
meraikan perayaan Corpus Chrtisti sebuah perayaan Katolik.
Bayi-bayi
tersebut akan dibaringkan diatas tilam dan sekumpulan lelaki El Colacho
inilah melompat melangkaui bayi-bayi ini, dan bayangkan kalau mereka
terpijak?
Walaupun begitu, Pope Benedict Ke-16 telah memberi amaran supaya menjauhi adat dan ritual aneh ini.
Tradisi pelik ini dipercayai boleh menghapuskan dosa serta melindungi bayi dari anasir jahat kononnya.
Nombor 1: Sati - Bunuh Diri Untuk Suami (India)
Sati
adalah satu tradisi kuno di India yang telah diamalkan sejak
berabad-abad lalu. Kebiasaannya balu yang kematian suami akan melompat
ke dalam api yang sedang marak semasa upacara membakar mayat suaminya
dan ia dianggap sebagai satu cara yang mulia untuk menunjukkan
pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.
Mengikut
kepercayaan Sati dilakukan kerana nilai diri seorang balu tanpa suami
dianggap sangat rendah dikalangan masyarakat. Sati dikaitkan dengan
unsur keagamaan, tapi sebenarnya banyak teori lain tentang kenapa adat
kontorversi ini boleh wujud?
Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain dibunuh.
Pendapat
ini berkait rapat dengan bukti-bukti bahawa waris keluarga mendiang
suami hidup senang hasil harta warisan yang dibolot.
Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini sudah diharamkan di India. -HarianBlogger.Com
0 Response to " ADAT PELIK DAN MENAKUTKAN, CULIK PEREMPUAN MANA-MANA YANG DISUKAI UNTUK DIJADIKAN ISTERI (GAMBAR) "
Post a Comment