i1

Kerana Donut 10 Sen, Lelaki Ini Ditawar Jadi Menantu

ik 1
“Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan, ” kata Muhammad Waliuddin Chua, 24, yang kisahnya menjual donat dengan harga 10 sen sebiji tersebar di laman sosial Facebook (FB).
Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 berkata, idea menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga.
“Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli. Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga,” katanya dipetik daripada Harian Metro.
2- Kerana Donut 10 Sen, Lelaki Ini Ditawar Jadi Menantu - VITDAILY
Muhammad Waliuddin yang ditemui di rumahnya di Flat Taman Maluri, Cheras, di sini, hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual, walaupun dia boleh menjual dengan harga lebih daripada 10 sen untuk sebiji donat dijualnya.
Anak muda yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan itu sepatutnya menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi pada September 2013. Bagaimanapun, dia gagal mendapat pinjaman pendidikan menyebabkan impiannya menyambung pengajian hanya tinggal angan-angan.
3- Kerana Donut 10 Sen, Lelaki Ini Ditawar Jadi Menantu - VITDAILY
Menurutnya, dia mula menjual donat 10 sen itu sejak Jumaat lalu dan sejak ia tersebar di laman sosial, permintaannya amat menggalakkan.
Pada hari ini saja, dia menerima tempahan 1,500 biji donut selepas bermula hanya dengan 100 biji pada hari pertama.
Dengan peralatan yang terhad termasuk terpaksa meminjam kuali untuk menggoreng, dia dibantu rakan serumahnya untuk menyiapkan tempahan berkenaan.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mula mengambil kesempatan di atas kemulian hatinya itu apabila membeli donatnya dan menjual kembali dengan harga yang lebih mahal.
“Saya tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menjual donat saya dengan harga lebih mahal. Idea asal ialah pengguna menikmati kuih itu dengan harga 10 sen dan saya akan pastikan pembeli menikmati donat dengan harga terbabit,” katanya.
Selain donat 10 sen dihasilkan semakin laris, kesan ‘viral’ menyebabkan dirinya juga laris selepas ada wanita mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita, malah ada ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai menantu mereka.
“Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya,” jelasnya lagi kepada portal berita tersebut.

Ikuti temuramah bersama Waliuddin yang cukup merendah diri bersama Metro dalam video di bawah

ik2

0 Response to " Kerana Donut 10 Sen, Lelaki Ini Ditawar Jadi Menantu "

Post a Comment