i1

Dengan harga RM2, anda boleh dapat 7 biji karipap di gerai ini

ik 1

Kalau dulu kuih boleh dibeli dengan harga serendah 20 sen sebiji, tapi sekarang susah nak dapat dengan harga macamtu kan? Kini, kebanyakkan penjual menetapkan harga sebanyak 50 sen atau 60 sen untuk sebiji kuih.
 
Ni kami nak bagitau, dengan harga RM2, anda boleh dapat tujuh biji karipap. Pemilik gerai kuih ekonomi, Norfadilah Saidin, menjual kuih-muihnya dengan harga murah disaat masyarakat bergelumang dengan kos hidup yang semakin meningkat. Walupun murah, namun karipapnya mendapat permintaan tinggi dari orang ramai dan mereka juga sangat berpuas hati dengan karipap yang dijualnya kerana sangat rangup dan enak.
Dengan harga RM2, anda boleh dapat 7 biji karipap di gerai ini
Dengan harga RM2, anda boleh dapat 7 biji karipap di gerai ini
 
“Saya dan suami buat ini hanya untuk bagi orang senang hati pada masa kos hidup memang tinggi, makanan pun semakin naik harganya. Oleh itu, kami harap supaya harga ini dapat meringankan beban orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian Online.
 
Menurut suaminya, karipap yang mereka jual adalah resipi turun temurun dari ibunya. Segala persiapan membuat karipap diuruskan sendiri oleh isterinya bermula daripada inti hingga kulitnya.
Kedai pasangan ini yang terletak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang selalu diserbu pelanggan setiap hari. Kerana harga kuih yang dijual terlalu murah, setiap hari kuih mereka mendapat permintaan yang tinggi.
 
Menurut salah seorang pelanggan mereka, kuih yang dijual terlalu sedap dan boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak untuk dijamah bersama keluarga.
Sumber : Era
ik2

0 Response to " Dengan harga RM2, anda boleh dapat 7 biji karipap di gerai ini "

Post a Comment