AKU INA. AKU BARU BERCERAI TALAK SATU MINGGU LEPAS. AKU BARU JE BERUMUR 22 TAHUN
Assalamualaikum.
Aku ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur
22 tahun. Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak
salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas.
Tak
jalankan tanggungjawab. Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik.
Siapa boleh tahan dengan bini macam aku ? Bayangkan masa anak dara.
Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tengok korea, main handphone
je.
Kemas
rumah jarang² sekali. Kerja melepak. Masa bercinta. Memang seronoklah.
Sweet² je. Jumpa…Dating…Mesej² fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila
dah kahwin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab. Masa mula² kahwin,
bolehlah aku hipokrit. Rajin masa 2, 3 hari.
Sebab
menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama² habit lama tu
terserlah lepas kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela
biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya
lebih matang. Bertanggungjawab.
Dulu,
aku nak sangat kahwin sebab masa bercinta sweet². Ingat kawin nak
halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap.
Niat kahwin kalau setakat nak ‘halalkan’ tak cukup.
Perkara
pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah. Pesan
aku, buat wanita² di luar sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda
malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang
supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh.
Bukan
hidup hanya bermalas² malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak
tanggungjawab dalam hidup in future. Plus, bila fikir balik, laki aku
ceraikan aku sebab benda² macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk
setahun. Dah tak tahan.
Kesian
mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni
aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab. Doakan aku kuat. Aku
sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang
baik. Aku nak berubah.
Tapi
aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti²lah buat
masa sekarang. Aku nak kutip ilmu dahulu supaya bila dah kawin nanti ada
ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku yang sebelum ini.
Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab cantik je. Cantik tak reti buat kerja tak ada makna.
Macam
aku (eh cantik ke ? Hehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari
A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran² sebelah, kawan², saudara mara.
Bukan main sapu je nak kawin. Semoga perkahwinan adalah satu ibadah.
Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takda ilmu
kawin, keluarlah generasi² baru yang sampah macam aku ni. – Ina
Sumber : Omm dot my
0 Response to " Aku Ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun "
Post a Comment