Apa reaksi anda jika Proton mengeluarkan SUV dengan rekabentuk seperti ini? Kami yakin ramai yang akan ternanti-nanti pelancarannya kan? Sebenarnya ini bukanlah rekaan yang lahir dari studio rekabentuk PROTON|design, tetapi adalah hasil karya 3D salah seorang pembaca laman blog funtasticko.net.
Proton VERTEX adalah hasil rekaan anak muda berbakat, Idiyaz Baharuddin yang kini sedang berkhidmat sebagai Lead 3D Artist di Glue Studios Sdn. Bhd, syarikat animasi yang telah menerbitkan siri kartun Rimba Racer. VERTEX merupakan karya yang telah dihantar sebagai penyertaan dalam Pertandingan Rekabentuk Proton tahun lalu yang bertemakan rekaan konsep untuk kereta keluarga pada masa hadapan.
Idiyaz memilih SUV kerana Proton masih belum menawarkan model tersebut hingga ke hari ini. VERTEX menampilkan gaya rekaan yang moden, nampak segak dan bergaya dari segenap penjuru. Agak mendukacitakan rekaan ini tidak terpilih dalam senarai 10 finalis Pertandingan Rekabentuk Proton 2015. Kami di careta.my berharap Proton bersedia mengeluarkan model SUV dalam perancangan masa hadapannya.
sumber web
sumber web
0 Response to " Gambar-Gambar Proton VERTEX, rekaan SUV masa hadapan! "
Post a Comment