Susulan dakwaan anak daripada anak tirinya, Nurshazleen yang beliau mengabaikan mereka selepas berkahwin dengan Datuk Rahman, Maria Farida menerusi portal Kosmo menafikan beliau menghasut suaminya dan ia cuma satu fitnah semata-mata.
Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh timbul. Kami berdua memang terkejut dengan kenyataan Nurshazleen yang dibuat secara tiba-tiba ini.Hubungan suami dan anak-anak tiri saya sangat rapat, malah baru sahaja berjumpa beberapa hari lepas.Tiada pula timbul soal menghasut bapa mereka untuk tidak mempedulikan kebajikan anak-anak.
Maria mengakui beliau terkilan dengan perkara tersebut dan sepatutnya anak tirinya itu bersyukur kerana Datuk Rahman tidak pernah membezakan zuriat kandung mahupun tiri.
Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja, yang penting saya dan suami tahu keadaan sebenar. Saya harap mereka tidak menyesal kerana mengambil tindakan melulu seperti ini.
Pada masa yang sama, Maria memberitahu beliau kini sangat bahagia bersama suaminya kerana dapat mengisi kekosongan dihatinya selepas bergelar janda selama 10 tahun.
Agak susah untuk kami komen isu Maria Farida bersama anak tirinya ini. Apa-apa pun, kami harap kedua-dua belah pihak dapat selesaikan salah faham mereka dan tidak terlalu menjaja cerita rumah tangga kepada umum.
0 Response to " Difitnah anak tiri ini jawapan maria farida yang sangat sentap "
Post a Comment