KAKITANGAN KERAJAAN DIDAKWA KERANA LAKUKAN SEKS DALAM PEJABAT
Seorang kakitangan kerajaan bakal didakwa selepas dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam pejabat kerajaan.
Menurut Dailymail, gabenor tempatan, Victor Hugo Vasquez sudah memfailkan pendakwaan untuk digunakan ke atas pasangan terbabit.
Rakaman
kejadian yang berlaku pada akhir 2014 tersebut menunjukkan seorang
lelaki dipercayai berjawatan tinggi melakukan hubungan seks bersama
seorang wanita yang juga bekas kakitangan kerajaan.
Pendakwa raya, Dubeyza Maldonado Palacios mengatakan kes dibuka atas dakwaan menyalahgunakan kemudahan kerajaan.
Dubeyza juga berjanji akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.
Sementara
itu, rakaman melibatkan pasangan terbabit telah dimuatnaik ke laman
sosial Facebook dan menarik kecaman pelayar warga Bolivia.
“Saya
pasti sebilangan besar penjawat awam melakukan perkara serupa dengan
setiausaha mereka atau sesiapa sahaja. Agak menakutkan apabila mereka
juga berpangkat tinggi,” kata seorang pelayar di Facebook.
Sumber : Sinar
0 Response to " Kakitangan kerajaan didakwa kerana lakukan seks dalam pejabat "
Post a Comment