Jika sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa Nas-T dan juga Atita Haris menghadiri kursus kahwin bersama, melalui Harian Metro, pelakon lelaki tersebut mengakui bakal mendirikan rumah tangga bersama Atita pada 4 Mac hadapan.
“Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki”
“Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi beberapa perkara kecil untuk diselesaikan”
“Kami bekerja di bawah satu syarikat. Dia adalah model dan duta produk Hijab Wash, manakala saya pula duta produk makanan tambahan bagi membina badan. Memandangkan ketika itu kedua-duanya solo, jadi majikan cuba menyatukan kami dengan mencadangkan supaya saling berkenalan”
“Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius,” jelasnya kepadaHarian Metro. Apa pun, semoga segala persiapan pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan lancar.
ik2
0 Response to " Nas-T, Atita Haris Bakal Nikah Mac Ini, Redha Ketentuan Tuhan "
Post a Comment