Menjadi orang kaya adalah impian semua orang. Demi mencapai kebebasan kewangan, ramai orang dilihat berusaha dari segi mental dan fizikal mereka setiap hari.
Tapi tahukah anda, terdapat beberapa pentanda yang membolehkan anda menjadi seorang yang kaya? Memetik dari laman The Richest, Minggu, berikut lima cara yang menunjukkan anda akan menjadi orang kaya:
1. Lahir dari keluarga kaya
Kajian menunjukkan bahawa anak-anak orang kaya cendurung untuk membelanjakan 36 peratus daripada jumlah kekayaan ibu bapa mereka untuk tujuan peribadi mereka.
2. Kecerdasan
Mereka yang mempunyai daya kecerdasan yang tinggi lebih berpeluang untuk menghasilkan 20 peratus lebih pendapatan berbanding dengan mereka yang mempunyai daya kecerdasan yang sederhana.
3. Tak popular
Kajian menunjukkan bahawa 10 peratus kanak-kanak yang kurang popular di sepanjang zaman persekolahan mereka lebih mudah untuk menjadi kaya.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor dorongan dan perhatian yang lebih daripada kedua orang tua mereka untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik bagi menjamin masa depan mereka.
4. Cantik
Memiliki wajah yang cantik boleh membuatkan anda lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan sambilan seperti modeling ataupun duta produk.
5. Perkahwinan
Menurut sebuah kajian, 77 peratus wanita yang kaya adalah disebabkan oleh harta yang dimiliki oleh suami mereka.
ik2
0 Response to " 5 Petanda Anda Boleh Jadi Orang Kaya "
Post a Comment